Malam ini terlalu suram, mahu dan semahunya ku bungkam apa yang tersisa. Benarlah kata mereka Cinta tidak seharusnya memiliki. Seperti mereka, aku juga memiliki keinginan itu, keinginan untuk berkongsi segala resah.
Teringat akan kata-kata sahabat baik merangkap abang naqib usrah 5 tahun lepas. Sedang Adam di Syurga kesunyian, ini kan pula kita manusia biasa. Perasaan ingin memiliki dan dimilki itu sudah menjadi fitrah insan-insani. Siapa sahaja menginginkannya.
Aku tidak tahu, perasaan yang Tuhan campakkan bila mana meniti bait-bait jalan movie Pinjamkan Hatiku. Sepanjang plot penceritaan tidak mampu aku tahan. Perlahan-lahan menusuk jiwa-jiwa yang paling dalam.
Tuhan. Siapa pun dirinya, sampaikan pesan dan salam bahawa aku sentiasa mengharapkan dia yang menjadi teman. Terlalu banyak insan di luar sana yang aku lukai tanpa sedar, dan tika ini ujian itu datang bertandang menyapa diri sendiri. Maafkan aku kerana tidak pernah kuat untuk itu.
Duhai hati, sedarlah. Tiada apa yang kekal di muka bumi, seperti mana hari bertukar bersilih ganti, siang dan malam datang dan pergi. Inikan pulak insan-insani.
Tiada kata mampu kau lontarkan melainkan pekak dan kebisuan di kala mereka gembira mentertawakan kejahilan dirimu. Terima kasih dunia, terima kasih insan, dan terima kasih diri sendiri kerana kau terlalu kejam dengan dirimu sendiri.
Serumpun | 11.10.2018 | 11.58 pm
No comments:
Post a Comment