Sekuntum bunga mekar melepaskan aroma mententeramkan hati nurani. Seorang Prof yang cuba menyakat sambil menunjuk sekuntum bunga yang dibawanya. Beliau ini merupakan salah satu prof yang aku kagum, kagum bukan sebab pangkat dan kedudukan tapi kehalusan budi yang tidak pernah serik menyapa dan menegur hari demi hari sepanjang bekerja sebagai pembantu penyelidik di Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan UPM. Bilik beliau betul-betul berhadapan dengan meja yang mana tempat aku bersimpuh melunaskan segala tanggungjawab kerja.
Sekali lagi, aku tidak tahu dan tidak mengerti. Kenapa dan mengapa sebak dan sayu itu selalu menyapa hati sendiri. Lemah dan longlai tidak berdaya meneruskan hari demi hari. Ku telusuri satu per satu cabaran untuk meneruskan hasrat hati. Cita-cita yang dulu selalu ku semat agar bisa jadi seorang pendidik, pensyarah Universiti. Master atau kerja ini merupakan pilihan yang aku sendiri ragukan dan tidak tahu untuk membuat pilihan.
Sekali lagi, tatkala telapak tangan dan kaki mengerluarkan peluh. Itulah suatu petanda yang kau sendiri merasa hati dan jiwa sedang di tusuk luka-luka derita. Diri yang sering perlukan semangat dan catalyst untuk meneruskan perjuangan. Tiada apa, dan tidak muncul seorang pun yang mampu merawat segala luka-luka dan teka teki mahupun tanda tanya pilihan ini. Advice ? Itulah dirimu perlukan tika ini daripada someone yang masih kau tidak ketemukan.
Apa-apa pun. Hidup ini adalaha antara kau dan dirimu sendiri. Tiada orang lain. Itulah hakikat yang perlu kau sedar. Tidak perlu mengharap pada yang tiada. Luruskan niat, tanam dalam diri. Enyahkan segala benda bisa membuat dirimu tersungkur rebah sekali lagi. Bak pesan Abi Kharil "Teruskan lah berjalan, berjalan demi perjuangamu kerana kau sahaja yang tahu dan paham perjuang dirimu sendiri" Bismillah~
IKDPM | 20.08.2018 | 5.16 pm
"Kosongkan fikiran fokus, tinggalkan luka-luka derita ! Cita kata mari, cinta kata pergi !"
No comments:
Post a Comment