Song

Sunday, 30 September 2018

Setia itu terlalu mahal~


Bismillah~


Malam ni terbawa diri sediri untuk melakar secebis rentetan ceritera hati yang sarat dan larat. haha. Alhamdulillah, segala puji bagiNya yang memberi tanpa jemu. Cuma kita sahaja yang kekadang tidak ketemu jalan pulang.

Terbaca satu post dekat laman medsos. Terbawa diri untuk menulis singkapan buat tatapan pembaca dan pengikut setia blog ni, walaupun pada hakikatnya takda followers pun. haha

Bulan september pun kian melebarkan sayapkan dan kita bakal bertemu Oktober, bulan yang memberi secebis bahagia kerana bulan Oktober ini akan menjadi hari paling bermakna setelah berbulan lamanya kau dalam percubaan untuk meninggalkan luka-luka lalu.

Berbalik kepada jalan cerita di media sosial bahawa lelaki ini sukar sangat nak setia, tapi bila terlalu setia namun sering kali disakiti. Teralalu setuju akan tulisan hamka bahawa "manusia tidak lepas dari lupa akan salah" dan "wujudnya manusia yang tidak menghargai itu terbit dari mereka wanita yang lebih mengejar kesempurnaan berbanding menyempurnakan apa yang ada tika ini".

Ahhh.. sukar untuk dibahas sebabnya akan menyakiti diri sendiri. Apa yang penting selamat tinggal september and welcome oktober. Jadilah peneman Mr. Aarin sebaik-baiknya tanpa tertinggalnya luka-luka lalu.

UPM | 30.09.2018 | 1.49 am
"selamanya, tiada lagi tangis dan tawa. Its time ti create happiness ^^"

Friday, 28 September 2018

Sisa Derita~


Yang keluar selalu daripada lidah-lidah insan selalu mengecewakan, untuk apa difikirkan andai bahagia juga adalah pilihan. Pilihan sama ada kau ingin gapai hari ini atau terus berselimut dalam derita.

Yang datang dan pergi, terus berlalu tanpa menyapa. Dan hari ini dia buka ruang lagi dan lagi. Semua untuk apa? Ternyata dia sendiri tidak tahu jawapan kata hati diri sendiri. 

Maaf ku tetap kuatkan hati untuk tidak menerima atau memulakan apa-apa lagi. Teruslah terbang mendongak ke angkasa, kerana kau sendiri yang mengajarnya.

Egomu yang selalu menggunung  dan tidak mahu kenal erti mengalah

IKDPM | 28.09.2018 | 10.38 am
"hari kian pergi meninggalkan, kau tidak pernah terpanggil untuk bertandang"

Wednesday, 19 September 2018

Rebah

Image result for makna kesedihan

Letih dan lesu seolah-olah ingin rebah di permukaan bumi, sekali lagi yang namanya hati itu disapa dengan perit kesedihan yang tidak berkesudahan. Tidak kah kau penat ingin menumpang kasih di pinggiran. Sinar pagi menerangi, you need take an action to forget her. 

Jika kau sudah memiliki semangat untuk itu, nothing can stop you !

Siapa pun dirimu sesudah dia, ketahuilah dirinya yang banyak menyimpan soal perasaan yang tiada berkesudahan. Jadilah pendengar setia buat dirinya. Ingin sahaja ceritera itu ku bungkam demi menulas makna bahagia, melepas segala resah. 

Di mana jua, this is turning point for you.

IKDPM | 19.09.2018 | 10.00 am
"meniti makna bahagia"

Monday, 17 September 2018

Jika Menyakitiku~



Lagu ini merupakan lagu yang menyimpan seribu singkapan makna buat diriku sendiri. Meneman dan menjadi salah satu lagu yang wajib didendang buat pendengar sepertiku. Hari demi hari melayani titipan makna lirik yang direct untuk fahami. 

Namun kau tetap teguh dengan apa yang berlaku. Terima kasih atas segala penyiksaan ini buat dirinya yang jauh nun di sana. Semoga hari demi hari bahagia milikmu seorang cuma. 

Srmp | 17.09.2018 | 11.10 pm
"Ikhlaskan~"

Thursday, 13 September 2018

Selamat Ulang Tahun Bonda~

Image result for selamat hari lahir bonda

13.09.2018

Selamat ulang tahun bonda, tidak mampu aku lakarkan rasa sayangku terhadap dirimu di alam realiti. Hanya mampu berdoa, agar aku bisa buktikan segala-galanya buatmu. Apa pun yang terjadi selepas ini terhadap anakmu seorang ini, yang terlalu mahu dan mahu membahagiakanmu. Tapi sering sahaja tewas dek kerana ujian itu.

Semoga hari-hari di hadapan menerbitkan sinar cahaya baru seperti mana kehadiran jiwamu yang berwajah baru. Maafkan andai tidak pernah mentaatimu, sering melukakan hatimu dengan kehadiran ujian itu. Bertandang lagi dan lagi. Semoga yang ada ini akan kekal sehingga mencipta ruang dan peluang untuk terbit bahagia.

Tiada lagi insan itu, insan yang terlalu banyak meninggalkan kesan dalam jiwa-jiwa ini. Tuhan semoga yang kau hadirkan suatu hari nanti, menjadi suatu yang pasti dan mampu ku tuntun sehingga menjadi sebahagian sempurnanya agama ini.

114, L5, Serumpun | 13.09.2018 | 9.47 pm



Saturday, 1 September 2018

Welcome September~



ku cuba redakan relung hati
bayangmu yang berlalu pergi
terlukis di dalam kenangan
bebas bermain di hatiku

cerita tentang masa lalu
cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan
kau abadikan di dalam hatiku

Begitu alunan lagu aizat yang popular di waktu zaman persekolahan, rupanya kini baru terasa suatu aura lagu lama ini yang memberi seribu makna. Andai kau mampu singkap setiap bait-bait lirik pasti kau akan sedar akan perit dan pedihnya resah itu. 

Kau hanya mampu mendiamkan diri tatkala satu per satu kebobrokan dirinya yang jelas terpancar suatu teka teki dan mainan dunia. Kau tidak memiliki secebis apatah lah kebaikan yang mampu dibanggakan. Atas itulah kau terpaksa pulang. Pulang ke daerah diri sendiri dan tidak mahu akan daerah yang di huni dengan segala manis kemanisan yang sementara.

Malam ini membuat kau ingin teruskan perjalanan pulang. Kau ingin pulang ke suatu destinasi yang tiada siapa huni, mahupun diami. Kau teruskannya demi menalar makna bahagia itu. Untuk apa kau nanti bahagia anda bahagia itu mampu kau cipta sendiri.

Mungkin segala yang semakin menjalar, meniti akar keresahan yang tidak berkesudahan. Ketidakmampuanmu untuk terus mencari jawapan demi jawapan. Tapi yang kau temukan hanya sekelumit kesakitan yang tidak terperi. Kau yakin bahawa setiap insan miliki perjalanan ini yang berbeza namun pernah merasa kecewa dan dikecewakan oleh diri sendiri.

Bagaimana mungkin kau mampu memberi perasaan itu andai kau tidak pernah kasihankan dirimu sendiri. Apapun yang terjadi selepas ini, kau hanya mampu redha dan kau masih menantikan saat kesedaran yang kekal berpanjangan.

Terima kasih teman. Dakapan september ini memberi kau ruang untuk terus melangkah tanpa pasti dan kau perlu berhati-hati dalam menjaga erti itu !

Serumpun | 1.09.2018 | 12.53 am
"Sekali lagi Tuhan tunjukkan bahawa kebobrokan diri insan yang pernah beri segalanya, namun terlalu muda untuk dia meniti makna itu. Kau redhakan jua apa yang terjad, Terima kasih teman~"