
13.09.2018
Selamat ulang tahun bonda, tidak mampu aku lakarkan rasa sayangku terhadap dirimu di alam realiti. Hanya mampu berdoa, agar aku bisa buktikan segala-galanya buatmu. Apa pun yang terjadi selepas ini terhadap anakmu seorang ini, yang terlalu mahu dan mahu membahagiakanmu. Tapi sering sahaja tewas dek kerana ujian itu.
Semoga hari-hari di hadapan menerbitkan sinar cahaya baru seperti mana kehadiran jiwamu yang berwajah baru. Maafkan andai tidak pernah mentaatimu, sering melukakan hatimu dengan kehadiran ujian itu. Bertandang lagi dan lagi. Semoga yang ada ini akan kekal sehingga mencipta ruang dan peluang untuk terbit bahagia.
Tiada lagi insan itu, insan yang terlalu banyak meninggalkan kesan dalam jiwa-jiwa ini. Tuhan semoga yang kau hadirkan suatu hari nanti, menjadi suatu yang pasti dan mampu ku tuntun sehingga menjadi sebahagian sempurnanya agama ini.
114, L5, Serumpun | 13.09.2018 | 9.47 pm
No comments:
Post a Comment