ku cuba redakan relung hati
bayangmu yang berlalu pergi
terlukis di dalam kenangan
bebas bermain di hatiku
cerita tentang masa lalu
cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan
kau abadikan di dalam hatiku
Begitu alunan lagu aizat yang popular di waktu zaman persekolahan, rupanya kini baru terasa suatu aura lagu lama ini yang memberi seribu makna. Andai kau mampu singkap setiap bait-bait lirik pasti kau akan sedar akan perit dan pedihnya resah itu.
Kau hanya mampu mendiamkan diri tatkala satu per satu kebobrokan dirinya yang jelas terpancar suatu teka teki dan mainan dunia. Kau tidak memiliki secebis apatah lah kebaikan yang mampu dibanggakan. Atas itulah kau terpaksa pulang. Pulang ke daerah diri sendiri dan tidak mahu akan daerah yang di huni dengan segala manis kemanisan yang sementara.
Malam ini membuat kau ingin teruskan perjalanan pulang. Kau ingin pulang ke suatu destinasi yang tiada siapa huni, mahupun diami. Kau teruskannya demi menalar makna bahagia itu. Untuk apa kau nanti bahagia anda bahagia itu mampu kau cipta sendiri.
Mungkin segala yang semakin menjalar, meniti akar keresahan yang tidak berkesudahan. Ketidakmampuanmu untuk terus mencari jawapan demi jawapan. Tapi yang kau temukan hanya sekelumit kesakitan yang tidak terperi. Kau yakin bahawa setiap insan miliki perjalanan ini yang berbeza namun pernah merasa kecewa dan dikecewakan oleh diri sendiri.
Bagaimana mungkin kau mampu memberi perasaan itu andai kau tidak pernah kasihankan dirimu sendiri. Apapun yang terjadi selepas ini, kau hanya mampu redha dan kau masih menantikan saat kesedaran yang kekal berpanjangan.
Terima kasih teman. Dakapan september ini memberi kau ruang untuk terus melangkah tanpa pasti dan kau perlu berhati-hati dalam menjaga erti itu !
Serumpun | 1.09.2018 | 12.53 am
"Sekali lagi Tuhan tunjukkan bahawa kebobrokan diri insan yang pernah beri segalanya, namun terlalu muda untuk dia meniti makna itu. Kau redhakan jua apa yang terjad, Terima kasih teman~"

No comments:
Post a Comment