Song

Friday, 12 October 2018

#DERITA


Kau katakan sayang tapi ku terluka, egomu menggunung kau tak pernah mengalah~

IKDPM | 12.10.2018 | 4.47 pm

Malam ini Suram~

Malam ini terlalu suram, mahu dan semahunya ku bungkam apa yang tersisa. Benarlah kata mereka Cinta tidak seharusnya memiliki. Seperti mereka, aku juga memiliki keinginan itu, keinginan untuk berkongsi segala resah.

Teringat akan kata-kata sahabat baik merangkap abang naqib usrah 5 tahun lepas. Sedang Adam di Syurga kesunyian, ini kan pula kita manusia biasa. Perasaan ingin memiliki dan dimilki itu sudah menjadi fitrah insan-insani. Siapa sahaja menginginkannya.

Aku tidak tahu, perasaan yang Tuhan campakkan bila mana meniti bait-bait jalan movie Pinjamkan Hatiku. Sepanjang plot penceritaan tidak mampu aku tahan. Perlahan-lahan menusuk jiwa-jiwa yang paling dalam. 

Tuhan. Siapa pun dirinya, sampaikan pesan dan salam bahawa aku sentiasa mengharapkan dia yang menjadi teman. Terlalu banyak insan di luar sana yang aku lukai tanpa sedar, dan tika ini ujian itu datang bertandang menyapa diri sendiri. Maafkan aku kerana tidak pernah kuat untuk itu.

Duhai hati, sedarlah. Tiada apa yang kekal di muka bumi, seperti mana hari bertukar bersilih ganti, siang dan malam datang dan pergi. Inikan pulak insan-insani.

Tiada kata mampu kau lontarkan melainkan pekak dan kebisuan di kala mereka gembira mentertawakan kejahilan dirimu. Terima kasih dunia, terima kasih insan, dan terima kasih diri sendiri kerana kau terlalu kejam dengan dirimu sendiri.

Serumpun | 11.10.2018 | 11.58 pm


Thursday, 4 October 2018

Sepi~


Orang hebat sering disapa dengan SEPI. Sepi yang tiada erti buat orang luar, tapi bermakna buat jiwa-jiwa yang menyelaminya. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan.

Ihsan ? Simpati bukan itu kau harapkan tapi keikhlasan dalam menyelami jiwa-jiwanya. Terima kasih cinta dan kasih yang telah kau tinggalkan.

Kesan-kesan luka masih tersisa, dan berapa lama pun harus kau tunggu. Itulah jawapan hakiki yang terus menerus kau terima.

Kesakitan yang tidak terungkap, semuanya tidak kau duga dan pinta. Berhentilah jadi sahabatnya, tidak tahan untuk ditanggung lagi dan lagi.

Duhai diri, maaf andai tidak mampu untuk memberi hak kepadamu selama ini, kerana tertanggungnya suatu keperitan dan kepedihan yang ditanggungmu seorang diri.

Sakit !

IKDPM | 04.010.2018 | 12.41 pm
"Sakit yang tidak terungkap"

Monday, 1 October 2018

End of September~


Hari ini keluar bersama seorang sahabat daripada UIA untuk menoroka movie baru The Predator. Plot jalan cerita yang agak mengagumkan dan paling menyentap perasaanku adalah pada babak si ayah hero dalam movie ini mengatakan benda yang sama kepada anaknya. "maafkan ayah, tidak mampu membesar seperti mana yang kamu harapkan".

Berbalik kepada kisah dan sejarah pada hari ini adalah, saya nak kongsikan bahawa wanita yang banyak meninggalkan kesan dalam sanubari hati saya sepanjang perjalanan degree. Lucu dan lawak gua nampak dia berpimpinan tangan dengan someone. Bukan dengan WMH? Wow aku tak tahu lah sama ada aku angau atau itu adalah realiti dirinya. Terima Kasih cinta~

Serumpun | 1.10.2018 | 12.16 am
"terima kasih, roda akan berputar~"

Sunday, 30 September 2018

Setia itu terlalu mahal~


Bismillah~


Malam ni terbawa diri sediri untuk melakar secebis rentetan ceritera hati yang sarat dan larat. haha. Alhamdulillah, segala puji bagiNya yang memberi tanpa jemu. Cuma kita sahaja yang kekadang tidak ketemu jalan pulang.

Terbaca satu post dekat laman medsos. Terbawa diri untuk menulis singkapan buat tatapan pembaca dan pengikut setia blog ni, walaupun pada hakikatnya takda followers pun. haha

Bulan september pun kian melebarkan sayapkan dan kita bakal bertemu Oktober, bulan yang memberi secebis bahagia kerana bulan Oktober ini akan menjadi hari paling bermakna setelah berbulan lamanya kau dalam percubaan untuk meninggalkan luka-luka lalu.

Berbalik kepada jalan cerita di media sosial bahawa lelaki ini sukar sangat nak setia, tapi bila terlalu setia namun sering kali disakiti. Teralalu setuju akan tulisan hamka bahawa "manusia tidak lepas dari lupa akan salah" dan "wujudnya manusia yang tidak menghargai itu terbit dari mereka wanita yang lebih mengejar kesempurnaan berbanding menyempurnakan apa yang ada tika ini".

Ahhh.. sukar untuk dibahas sebabnya akan menyakiti diri sendiri. Apa yang penting selamat tinggal september and welcome oktober. Jadilah peneman Mr. Aarin sebaik-baiknya tanpa tertinggalnya luka-luka lalu.

UPM | 30.09.2018 | 1.49 am
"selamanya, tiada lagi tangis dan tawa. Its time ti create happiness ^^"

Friday, 28 September 2018

Sisa Derita~


Yang keluar selalu daripada lidah-lidah insan selalu mengecewakan, untuk apa difikirkan andai bahagia juga adalah pilihan. Pilihan sama ada kau ingin gapai hari ini atau terus berselimut dalam derita.

Yang datang dan pergi, terus berlalu tanpa menyapa. Dan hari ini dia buka ruang lagi dan lagi. Semua untuk apa? Ternyata dia sendiri tidak tahu jawapan kata hati diri sendiri. 

Maaf ku tetap kuatkan hati untuk tidak menerima atau memulakan apa-apa lagi. Teruslah terbang mendongak ke angkasa, kerana kau sendiri yang mengajarnya.

Egomu yang selalu menggunung  dan tidak mahu kenal erti mengalah

IKDPM | 28.09.2018 | 10.38 am
"hari kian pergi meninggalkan, kau tidak pernah terpanggil untuk bertandang"

Wednesday, 19 September 2018

Rebah

Image result for makna kesedihan

Letih dan lesu seolah-olah ingin rebah di permukaan bumi, sekali lagi yang namanya hati itu disapa dengan perit kesedihan yang tidak berkesudahan. Tidak kah kau penat ingin menumpang kasih di pinggiran. Sinar pagi menerangi, you need take an action to forget her. 

Jika kau sudah memiliki semangat untuk itu, nothing can stop you !

Siapa pun dirimu sesudah dia, ketahuilah dirinya yang banyak menyimpan soal perasaan yang tiada berkesudahan. Jadilah pendengar setia buat dirinya. Ingin sahaja ceritera itu ku bungkam demi menulas makna bahagia, melepas segala resah. 

Di mana jua, this is turning point for you.

IKDPM | 19.09.2018 | 10.00 am
"meniti makna bahagia"

Monday, 17 September 2018

Jika Menyakitiku~



Lagu ini merupakan lagu yang menyimpan seribu singkapan makna buat diriku sendiri. Meneman dan menjadi salah satu lagu yang wajib didendang buat pendengar sepertiku. Hari demi hari melayani titipan makna lirik yang direct untuk fahami. 

Namun kau tetap teguh dengan apa yang berlaku. Terima kasih atas segala penyiksaan ini buat dirinya yang jauh nun di sana. Semoga hari demi hari bahagia milikmu seorang cuma. 

Srmp | 17.09.2018 | 11.10 pm
"Ikhlaskan~"

Thursday, 13 September 2018

Selamat Ulang Tahun Bonda~

Image result for selamat hari lahir bonda

13.09.2018

Selamat ulang tahun bonda, tidak mampu aku lakarkan rasa sayangku terhadap dirimu di alam realiti. Hanya mampu berdoa, agar aku bisa buktikan segala-galanya buatmu. Apa pun yang terjadi selepas ini terhadap anakmu seorang ini, yang terlalu mahu dan mahu membahagiakanmu. Tapi sering sahaja tewas dek kerana ujian itu.

Semoga hari-hari di hadapan menerbitkan sinar cahaya baru seperti mana kehadiran jiwamu yang berwajah baru. Maafkan andai tidak pernah mentaatimu, sering melukakan hatimu dengan kehadiran ujian itu. Bertandang lagi dan lagi. Semoga yang ada ini akan kekal sehingga mencipta ruang dan peluang untuk terbit bahagia.

Tiada lagi insan itu, insan yang terlalu banyak meninggalkan kesan dalam jiwa-jiwa ini. Tuhan semoga yang kau hadirkan suatu hari nanti, menjadi suatu yang pasti dan mampu ku tuntun sehingga menjadi sebahagian sempurnanya agama ini.

114, L5, Serumpun | 13.09.2018 | 9.47 pm



Saturday, 1 September 2018

Welcome September~



ku cuba redakan relung hati
bayangmu yang berlalu pergi
terlukis di dalam kenangan
bebas bermain di hatiku

cerita tentang masa lalu
cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan
kau abadikan di dalam hatiku

Begitu alunan lagu aizat yang popular di waktu zaman persekolahan, rupanya kini baru terasa suatu aura lagu lama ini yang memberi seribu makna. Andai kau mampu singkap setiap bait-bait lirik pasti kau akan sedar akan perit dan pedihnya resah itu. 

Kau hanya mampu mendiamkan diri tatkala satu per satu kebobrokan dirinya yang jelas terpancar suatu teka teki dan mainan dunia. Kau tidak memiliki secebis apatah lah kebaikan yang mampu dibanggakan. Atas itulah kau terpaksa pulang. Pulang ke daerah diri sendiri dan tidak mahu akan daerah yang di huni dengan segala manis kemanisan yang sementara.

Malam ini membuat kau ingin teruskan perjalanan pulang. Kau ingin pulang ke suatu destinasi yang tiada siapa huni, mahupun diami. Kau teruskannya demi menalar makna bahagia itu. Untuk apa kau nanti bahagia anda bahagia itu mampu kau cipta sendiri.

Mungkin segala yang semakin menjalar, meniti akar keresahan yang tidak berkesudahan. Ketidakmampuanmu untuk terus mencari jawapan demi jawapan. Tapi yang kau temukan hanya sekelumit kesakitan yang tidak terperi. Kau yakin bahawa setiap insan miliki perjalanan ini yang berbeza namun pernah merasa kecewa dan dikecewakan oleh diri sendiri.

Bagaimana mungkin kau mampu memberi perasaan itu andai kau tidak pernah kasihankan dirimu sendiri. Apapun yang terjadi selepas ini, kau hanya mampu redha dan kau masih menantikan saat kesedaran yang kekal berpanjangan.

Terima kasih teman. Dakapan september ini memberi kau ruang untuk terus melangkah tanpa pasti dan kau perlu berhati-hati dalam menjaga erti itu !

Serumpun | 1.09.2018 | 12.53 am
"Sekali lagi Tuhan tunjukkan bahawa kebobrokan diri insan yang pernah beri segalanya, namun terlalu muda untuk dia meniti makna itu. Kau redhakan jua apa yang terjad, Terima kasih teman~"

Saturday, 25 August 2018

Kah !


sekuat apapun kau menjaga
yang pergi akan terus berlalu pergi
dan sekuat apapun kau menolak 
yang datang akan tetap berdatang

mungkin suatu masa menemukan kau nanti
walau kau berharap tanpa pasti
namun tersimpan redha dalam hiba
demi bahagia di hujung sana

hujan gerimis menyapa hati
bunyi lantunan percik hujan berguguran,
kau lemah terus di buai mimpi
namun kau usaha cipta sinar kebahagian

genggaman tanganmu kian tenat
lemah tidak memiliki kudrat
hati dan jiwa yang penuh karat
lantas mencipta segala mudharat

jiwa sedar dan bangunlah
bangkit dari kepalsuan dunia
usah dikenang apa yang tidak pasti
"move on" sebentar, kenali dirimu sendiri

serumpun | 25.08.2018 | 3.12 pm
"lantas kau bangkit dari duniamu, 
kau genggam erat cita dan terlerai segala cinta dunia !"

Wednesday, 22 August 2018

10 Zulhijjah~



Bismillah~


Hembusan bayu semalam, memapah semangat yang kian kusam, hatimu masih tidak ketemu jalan pulang, sarat dan tenat dek kerana kesakitan yang tidak mampu kau sendiri gambarkan. Sekali lagi dihambarkan dengan sesuatu kekalutan, kau tewas dan tidak pernah jemu mencipta kekusutan itu. Kenapa perlu kau nanti bahagia andai bahagia itu letaknya dalam genggamanmu sendiri?

Dalam rintihan mu kau tewas dibuai alunan mimpi, ditidurkan Tuhan dalam keadaan hati yang sarat ketelusan. Sedar semula pula lantaskan kau lemparkan senyuman semalam, hatta dalam suatu ruang hatimu masih diselubungi mendung membasahi luka semalam, mengharapkan pelangi yang tidak pernah kunjung tiba dan mungkin hanya igauan semata-mata.

"Allah", semalam tercipta suatu keindahan mimpi yang Tuhan hadiahkan yang hanya menjadi igauan di alam fantasi cuma. Alangkah indahnya andai mimpi itu menjadi suatu realiti. Kapan ya Tuhan kau titipkan bahagia-bahagia itu kembali ke alam realiti. 

Lirik wajahnya mendamaikan kekusutan, andai malammu diselimuti dengan kehibaan. Kau sendiri yang bawanya terus menerus dalam lena kegelapan. Sudah-sudahlah, mungkin itu jawapan Tuhan yang dihadiahkan buat dirimu untuk seketika. Pandang di hadapan sana, lihat dengan mata hati. Nilailah dengan cahaya yang namanya naluri kesucian hati. Itu lah yang hakiki!

Siapa pun dikau di masa akan datang, ketahuilah dirinya itu terlalu dan mahu-semahunya meleraikan segala resah yang terpendam. Fahami dan selami lah perlahan-lahan agar dikau dimengertikan. Andai perkataan mungkin itu tidak Tuhan ciptakan, pasti tidak wujudnya uncertainty dalam hidup insan-insani. 

Tuhan cukup sekali saja, hentikan lah dengan hadiah-hadiah istimewa yang hanya sementara saja. Kekalkan apa yang sudah ada ini, dan bungkamlah segala kekalutan, leraikan segalanya. Tidak ingin dia mengulangi lagi dan lagi.

"Be understandable, rational and matured !" Thanks for this world that influence his action to much. Exactly, it is true. Kekadang dirimu terlalu lena dan terus-menerus dibuai lena semalam. You need to found new life, new of yourself ! Teruskan saja ke hadapan, pasti terbit sinar yang kau nanti-nanti. Bismillah~

Serumpun | 22.08.2018 | 5.09 pm
"Treat peoples as like you want to be treated ! Please stop be judgemental person ! You dont know how struggle him for his life !" 

Tuesday, 21 August 2018

Day 58



Alhamdulillah. Tanpa sedar hari ini dah masuk hari ke-58 buat kisah ceritera itu. Hari yang menjadi saksi "turning point" buat dirimu sendiri, melepaskan apa yang tidak pasti, menghapus segala resah-gelisah hati. Andai kau terus menghitung hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan bahkan tahun demi tahun, pasti tidak mampu untuk kau melepas memory-memory indah. Namun kau lebih memilih untuk bahagia seorang diri.

Nostalgia kisah hidupmu hanya untuk kau seorang sahaja, ia datang dan pergi menemukan sebagai warna-warni kehidupanmu cuma. Tempat persinggahan untuk mau mengolah lebih rapi ertinya bahagia. Senyum dan tawa, tangis dan resah lumrahnya berpisah tiada. Usai mendung pasti terbitnya mentari, usai hujan mungkin ada keindahan pelangi yang akan tiba sebentar lagi..

Terima kasih teman atas kisah dan memory indah yang telah kau tinggalkan. Andai dulu ia terbit atas namanya asbab, namun kau sendiri yang menghapus segala sebab-musabab itu. Mungkin sedikit waktu sahaja lagi lerainya asbab, musnahnya sebab, dan hilangnya tanpa ganti.

Terbanglah setinggi mahumu, mendongaklah ke angkasa sana. Andai itu mampu mengubat segala duka, melerai segala derita, tiada makna lain selain pasrah dan redha. 

Esok merupakan hari bahagia buat umat islam, dan sekali lagi hari bahagia itu semakin tiada makna. Mengharap pada yang sudah tiada. Sudah-sudahlah duhai hati, untuk apa semua kau terus fikirkan? untuk apa kau terus coretkan? adakah mampu merawat luka-luka derita atau menambahkan lagi sengsara. Mungkin jua membuat kau semakin gelisah.

Pergi jauh-jauh dan jangan pernah datang mahupun muncul lagi. Hentikan segala harapan palsumu ! Tolong untuk fahami jiwannya yang sarat atas asbab itu ! Pergi dan jangan pernah muncul memberi harapan palsu itu !

Masjid, UPM | 21.08.2018 | 5.45 pm

"datangnya atas dua hati dan asbab yang menemukan, namun pergi atas asbab yang kau seorang ciptakan ! Terima kasih teman~ ^^ "

Monday, 20 August 2018

Rapuh~



hati dan jiwamu semakin rapuh,
walau dirimu sering disapa rindu,
fikiran mu melayang jauh,
 kenapa dengan dirimu ?

kenapa perlu dinanti
kenapa perlu dicari
andai yang sudah terpatri
pasti akan kembali nanti

pergilah wahai resah
cukup dengan apa yang kau rasa
tinggalkan segala luka-luka derita
kejarlah bahagia

jalan liku hidup
ada tikanya menghimpit
ibarat batu-batuan yang menghempap
cukup sakit dan tenat

berjalan lah tanpa henti
tidak usah menanti lagi
kau dan dirimu sahaja yang ada disisi
usah kau tangisi

kau miliki hasrat hati
yang belum kau bukti
demi sinar di hujung destinasi
tetap teguh walau sudah bersemadi

IKDPM | 20.08.2018 | 5.30 pm
"bahagia itu perlu terbit dalam dirimu, usah dikenang dan dinanti apa yang tidak pasti !"


Continue Master @ Kerja ?


Sekuntum bunga mekar melepaskan aroma mententeramkan hati nurani. Seorang Prof yang cuba menyakat sambil menunjuk sekuntum bunga yang dibawanya. Beliau ini merupakan salah satu prof yang aku kagum, kagum bukan sebab pangkat dan kedudukan tapi kehalusan budi yang tidak pernah serik menyapa dan menegur hari demi hari sepanjang bekerja sebagai pembantu penyelidik di Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan UPM. Bilik beliau betul-betul berhadapan dengan meja yang mana tempat aku bersimpuh melunaskan segala tanggungjawab kerja.

Sekali lagi, aku tidak tahu dan tidak mengerti. Kenapa dan mengapa sebak dan sayu itu selalu menyapa hati sendiri. Lemah dan longlai tidak berdaya meneruskan hari demi hari. Ku telusuri satu per satu cabaran untuk meneruskan hasrat hati. Cita-cita yang dulu selalu ku semat agar bisa jadi seorang pendidik, pensyarah Universiti. Master atau kerja ini merupakan pilihan yang aku sendiri ragukan dan  tidak tahu untuk membuat pilihan. 

Sekali lagi, tatkala telapak tangan dan kaki mengerluarkan peluh. Itulah suatu petanda yang kau sendiri merasa hati dan jiwa sedang di tusuk luka-luka derita. Diri yang sering perlukan semangat dan catalyst untuk meneruskan perjuangan. Tiada apa, dan tidak muncul seorang pun yang mampu merawat segala luka-luka dan teka teki mahupun tanda tanya pilihan ini. Advice ? Itulah dirimu perlukan tika ini daripada someone yang masih kau tidak ketemukan. 

Apa-apa pun. Hidup ini adalaha antara kau dan dirimu sendiri. Tiada orang lain. Itulah hakikat yang perlu kau sedar. Tidak perlu mengharap pada yang tiada. Luruskan niat, tanam dalam diri. Enyahkan segala benda bisa membuat dirimu tersungkur rebah sekali lagi. Bak pesan Abi Kharil "Teruskan lah berjalan, berjalan demi perjuangamu kerana kau sahaja yang tahu dan paham perjuang dirimu sendiri" Bismillah~

IKDPM | 20.08.2018 | 5.16 pm
"Kosongkan fikiran fokus, tinggalkan luka-luka derita ! Cita kata mari, cinta kata pergi !"


Sunday, 19 August 2018

Tired~


Kekadang jiwa penat dan sarat, akan semua yang datang bertamu. Pernah suatu ketika sukar untuk menerima, namun perlahan-lahan ia menjadi suatu kebiasaan dan sudah sebati dalam diri. Tiada yang mampu untuk tinggal bersama, tiada lagi yang mampu meninggalkan sisa-sisa. Hatta memory-memory lalu yang sudah makin tenggelam dek kerana virus yang kau ciptakan.

Mungkin kau lihat bertapa tidak mampunya dia untuk merelakan, namun pada hakikat yang sudah terpatri dalam diri dan nalurinya sudah tiada lagi. Pergilah, once again dia dah penat untuk berdiri teguh namun semuanya musnah satu persatu. Terima kasih duhai teman, duhai sahabat yang dulunya menjadi warna-warni kehidupan, namun kini perlahan-lahan bertukar meninggalkan gelap dan kelam kehitaman.

Duhai sahabat dan teman yang sudah kenal luar dan dalamnya, baik dan buruk dirinya. Cukup-cukup memberi harapan palsu. Sudah cukup kau buat dirinya buntu, terkadang tidak kenal dirinya sendiri. Kau punca segala-galanya. Andai sudah tidak mampu untuk bertahan, pergi ! Pergi dan jangan pernah kembali lagi ! 

No. 337, Serumpun | 19.08.2018 | 10.30 pm

"sekali lagi menjadi badut, dan alat permainan. Andai sudah tidak mampu, jangan pernah menyemai benih-benih harapan palsu. Andai bukan sudah harapan, pasti tiada kepastian yang nyata. Semadikanlah luka-luka derita dan jangan pernah muncul lagi !"

Monday, 13 August 2018

Kau Buta !


Bismillah~

Sekian lama kau dibuai lena dengan kehidupan sendiri, kau lupa mereka yang mengharap sepenuhnya daripada dirimu agar bisa bawa kejayaan pulang ke kampung halaman. Kau buta, kau butakan dirimu sendiri kerana hanya seorang insan! Kau buta hanya kerana cinta dunia yang tidak kekal lama, kau dibutakannya selama mana jalan-jalan hidupmu penuh dengan lumpur-lumpur dosa.

Andainya mereka tahu realiti sebenar, pasti terhimpun seribu luka-luka kekecewaan terhadap dirimu sendiri. Duhai bonda dan ayah maafkan kesilapan yang selama ini tidak pernah ku sedar. Kekadang diriku terlalu melebihkan insan-insan baru yang muncul dalam hidup berbanding dirimu yang sudah bertahun berjuang demi sesuap nasi untuk kami semua.

Masih segar dalam ingatan, kelibat dia seorang ayah yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Dirinya bagiku menyimpan seribu kekuatan demi memenuhi keperluan. Besi buruk yang pernah menjadi nafkah untuk sekeluarga, ikan-ikan di tepi sungai pernah jadi hasil tangkapan, malah saudagar kuih muih di tepi jalanan itu sudah biasa. Dialah ayah dan bonda yang kuat bekerja demi keperluan harian.

Kegigihan mereka yang selalu hati, jiwa dan nuranimu selalu pinggirkan. Kau lalai dek kerana cinta manusia yang tidak pernah kekal lama. Hari ini mungkin menjadi turning point dirimu sendiri untuk bawa diri menerobos makna kehidupan yang sebenar. Kenapa sukar untuk kau mengerti? Sudah-sudahlah tenggelam kerana kejahilan masa lalu, sudah-sudahlah tewas dengan hawa nafsu syaitan. Sudah sudahlah berduka cita atas perasaan yang sia-sia.

Mungkin nawaitu untuk sambung Master di UPM ini perlu aku tangguhkan setahun dua. Demi mencari peluang pekerjaan sementara membetulkan masalah ekonomi family yang kian bergejolak. Aku tersentak dengan kata-kata dia satu-satunya abang yang pernah aku ada selama ini. Ketegasan disertakan tanggung-jawap yang dipikulnya mungkin perlu dilepaskan perlahan-lahan kepada diriku sendiri. Ayat yang keluar daripada dia, ingin menjual aset yang sudah lama dibayar selama 5 tahun. Dan dia ingin melepaskan kerana ekonomi yang kian mencengkam. Mungkin rumah itu hanya mampu melakar sejarah-sejarah itu.

Aku tersungkur jatuh rebah, mereka yang aku sangkakan cukup stabil. Kini semuanya jatuh satu persatu. Salah diriku yang tidak pernah mengerti mereka. Kakak yang banyak berkorban selama liku-liku hidupku sebagai seorang student juga ingin mengambil tindakan untuk menghentikan perniagaan kedai kecil mereka. Malah satu-satunya kakak sulung yang bekerjaya turut sudah meninggalkan kerjayany sebagai consultant dekat MSU sana. 

Aku tak tahu, fikiranku buntu. Aku tidak tahu di mana harus aku mulakan dulu. Mungkin ini semua balasan Tuhan atas kejahilan dan kehinaan diriku yang telah lama menghampakan harapan mereka semua. Maafkan aku bonda dan ayah, tidak kuat dengan ujian dunia. Sering lelah dan lemah semangat tatkala tiada siapa yang menemani. Ingin aku ceritakan satu per satu soal hati dan perasaan anak-anakmu ini agar dimengerti. Bertapa lemahnya, bertapa perlunya anakmu ini.

Cukuplah sampai di sini, semadikan semua luka-luka deritamu. Bangkit demi kehidupan dan sinar di hujung sana. Sinar di hujung destinasi yang semua orang nanti-nantikan kau tidak endahkan. Maaf untuk semuanya. Tuhan mudahkanlah, keluarkan lah kami dari atas apa jua masalah yang menimpa. Dan bukakan hati-hati mereka yang telah lama kami sakiti tanpa sengaja. Moga ada ruang dan peluang diriku kembali, kembali ke arah diri yang lalu. Yang mana harap dan pengabdian hanya kepadaMu seorang cuma. 

Leraikan apa yang tidak mampu aku leraikan saat ini. Biarlah diriku fokus sepenuhnya kepada mereka di kampung halaman. Dan haramkanlah diriku mengenal insan-insan yang baru sebelum ceritera kerjaya itu ku kecapi. Jauhkan lah aku dari sifat-sifat ingin mencurahkan rasa dengan insan-insan baru. Cukuplah selama ini hatiku buta dek kerana seorang insan. Buat insan yang ku maksudkan, moga kau halal dan maafkan segala kekhilafan lalu dan mungkin kekhilafan yang akan datang. Sungguh aku ingin berhenti membutakan diri sendiri, semoga dirimu jua kuat luar sana. Moga ada ruang dan peluang untuk masa itu muncul memberi jawapan-jawapan janji-jani lalu.

KTDI, UPM | 13.08.2018 | 11.48 pm
"Waktu yang pergi, usahlah berulang kembali. Matlamatku hanya satu, bukan seorang cuma, tapi mereka. Damailah duhai hati~"

Thursday, 9 August 2018

Terima Kasih Cinta~


08082018 | Dearest ?

Ada apa dengan tarikh ni? Bismillah. Setelah sekian lama diam dan terus diam tanpa ada sedikit pun coretan bingkisan ceritera kisah kehidupan. Entah apa lagi yang perlu aku risaukan semua dah jelas terpampang di hadapan bahawa bukti-bukti semakin jelas terpancar. Bingkisan teka teki dunia yang semakin lama semakin menghimpit jiwa-jiwa insan sepertiku.

Terima Kasih aku ucapkan buat empunya diri. Semoga suatu hari ini, saat bila tibanya waktunya baru kau akan sedar. Terima kasih untuk rasa sekian kali ini. Malam yang semakin kelam, siang datang meminggirkan gelap. kenapa perlu kau masih menanti dan pertahankan apa yang tiada?

Kosong dan jauh melayang-layang. Tewas dek kerana penat dengan resah dan semakin hilangnya saki baki rasa. Mungkin sedikit demi sedikit akan terbukanya ruang-ruang untuk yang jauh mengharap selama ini. Cuma jawapan ku beri tunggu.

Mungkin hikmah dia terlalu hebat untuk aku selami sampaikan Tuhan sembunyi. Tidak apa lah wahai insan-insan. Sudah tiada apa, cuma beri aku masa. 

Office | 08082018 | 3.49 pm
"Hancur ibarat gelas kaca yang jatuh bertaburan di permukaan lantai,
ibarat hati yang remuk tidak perlukan apa-apa"